0

– Kalau musim sejuk, pukul 6pm dah gelap.
– saya suka target utk sampai campsite sebelum gelap (dlm 5pm camtu)
– kat GPS (dahsboard), mmg ada bagi tahu, berapa jauh (km) lagi nak sampai destinasi tu, dan berapa lama (jam) lagi nak sampai, bergantung pada speed kita drive.
– time winter (kalau jalan kering = panas matahari), saya akan drive dlm 80-90km/hour je..
– kalau jalan basah/snow/ice ( = matahari pun takdak), saya akan drive dlm 50-70km/hour je..
– kalau laju, kita takut ada ‘black-ice’ (biasanya terlindung di sebalik bayang2 atas jalan), yg boleh menyebabkan tayar tergelincir mcm skating atas ice-rink…(pernah terjadi sekali)… bro kena gugle tips, apa nak buat kalu terjadi camtu…

– sebelum kita drive, kita kena lock semua locker/compartment, supaya pinggan/mangkuk/cawan tak jatuh.
– masa driving tu, mmg akan ada bunyi pinggan mangkuk berlaga kentung-kentang…tapi, takkan pecah, insya-Allah…
– memasak ketika kenderaan bergerak = of course, NO-NO 😛
– nak berdiri pun susah (terhuyung hayang) (ketika kenderaan bergerak), apatah lagi memasak 😛
– bila kenderaan bergerak, sila pasang seat-belt, dan enjoy the journey.
– saya suka pasang camcorder kat dashboard utk rakam sepanjang jalan.
– saya juga pasang dashboard CCTV, yg display masa atas skrin (in case, kalau ada apa2 yg tak diingini berlaku).
– driver hanya fokus memandu, manakala penumpang di sebelah akan ambil apa2 shot yg menarik (gambar/video) di sepanjang perjalanan, dan tolong driver utk utk tunjukkan arah jalan (simpang kiri/kanan), berpandukan GPS/maps yg disediakan.

– kena patuh speed jalanraya (polis boleh ada di jalan2 utama). Tak pun, local boleh call polis utk report on the spot.
– kalau motorhome (6 berth), mmg akan kekok mula2, lama2, kita akan biasa dgn saiz nya (dan boleh agak saiz nya, ketika corner & masuk parking)
– kalau campervan (4 berth), macam naik van Toyota HiAce tu jer.
– kalau kereta no problem kot.
– org sana mmg pantang tgk tourist memandu mcm org gila. Diorang akan report. So, amalkan pemanduan berhemah, dan hormat kenderaan kecil & pejalan kaki (bagi laluan), especially, bila masuk bandar & kampung2.

– tak boleh.
– tak semua tempat boleh bermalam (freedom camping).
– hanya tempat yg telah disenaraikan oleh DOC jer yg boleh : http://www.doc.govt.nz/freedomcamping
– boleh check senarai tu kat Apps ‘Rankers’ di bawah :

Info lanjut : https://www.rankers.co.nz/tags/freedom-camping
Download Apss : https://itunes.apple.com/us/app/rankers-camping-nz/id582914766?mt=8
Dumpsite : https://www.aa.co.nz/travel/places/?page=2

– selagi ada minyak (diesel), selagi tu lah ada elektrik.
– bila kita memandu, ia akan caj letrik kat main board. Letrik yg disimpan tu akan supply kuasa pada peti sejuk (setiap masa), shower panas (tiap kali kita ON kan suis) = bila2 masa.
– kat suis main board, ada indicator, yg menunjukkan berapa banyak lagi power/elektrik yg ada tersimpan.
– utk memasak pula (guna dapur gas), diorang akan berikan kita 1 tong gas yg dah berisi penuh. Kalau gas habis, boleh tukar (beli) baru kat mana2 stesen minyak.
– aircond kat bahagian driver; boleh diubah jadi penyejuk, atau pemanas. Pusing jer tombol tu. Aircond ni hanya boleh di ON kan bila kita ON suis enjin sahaja.
– kat badan kereta (dipanggil ‘main cabin’) pun ada heater juga, tetapi, ia hanya boleh di ON kan bila kita check-in kat POWERED SITE (berbayar) sahaja. Akan ada tiang sebelah tapak parking kita tu, di mana kita boleh tarik letrik dari tiang tu, ke badan motorhome kita.
– bermakna, kalau kita nak FREEDOM camping, heater ‘main cabin’ ni dah tak boleh ON dah… maka, kita akan menggigil kesejukan (di musim winter).
– utk selesaikan masalah ni (kalau nak tido kat FREEDOM CAMPSITE jugak), saya akan sewa motorhome/campervan yg ada feature ‘Main Cabin Heater = powered by both : Electricity & Diesel’ (bukannya ‘Electricity’ sahaja), supaya saya boleh ON kan heater kat main cabin, guna minyak diesel kita tu jer (tanpa perlu ON kan suis enjin kereta). Dgn cara ni, kita dah tak perlu check-in ke POWERED SITE (berbayar) tu dah.
– tak semua motorhome/campervan ada features ni. So, kena pastikan betul2, sebelum sewa.
– ini specs nya : http://www.snap2send.com/qPn
– tuan boleh nampak specs tu kat sini : http://www.britz.co.nz/SiteCollectionDocuments/PDFs/Britz-NZ-Vehicle-Specification-Sheet-1819.pdf

– info lanjut di sini : http://www.britz.co.nz/campervans-nz/Pages/frontier-6-berth-campervan.aspx

– kalau dia tulis camni jer : http://www.snap2send.com/qPv = most likely, takda feature ‘Diesel-run Heater’ tu. Sila check dgn syarikat sewa tu betul2 ya 🙂

– ada 3 jenis pilihan tempat utk kita bermalam, kalau bawa motorhome/campervan di NZ, iaitu : Bilik Sewa + Powered Site (berbayar) + Freedom Camping (FREE @ sedikit donation)
– disebabkan saya bujang (tiada budak2/warga tua), maka, saya guna Powered-Site (berbayar) + FREEDOM camping (FREE/donation) jer.
– kalau tgk Iti saya ni : https://jojotravelog.com/new-zealand , pada 2013 + 2014 = semuanya saya masuk powered site.
– 2015 = majoriti masuk powered site + hanya 2-3 kali jer tidor FREEDOM Camping (free).
– bila dah pandai (tips2 survival guna FREEDOM campsite) & confident; tahun 2017, saya duduk semuanya di FREEDOM campsite jer (kecuali kat Queenstown = duduk kat powered site Frankton, supaya senang nak catch flight) next morning…banyak jimat kos penginapan dgn cara ni.

– kalau musim winter (bulan 6, 7, 8) = low season. Kita boleh redah jer mana2 campsite (insya-Allah, akan available). 4 kali saya pegi time winter. Mmg banyak kosong pun. Seronok. Tak perlu booking in advance pun.
– saya pegi musim winter, sebab nak main salji jer.
– oleh itu, saya akan buat Iti awal2, tetapi, saya keep it flexible (bergantung pada cuaca/ramalan snow).
– bermaksud, bila dah touch-down kat Queenstown, saya akan re-arrange semula Iti saya, berpandukan ramalan snow/hujan di sini : www.metservice.com
– kalau snow dijangka turun di Mt Cook / Tekapo esok lusa, saya akan naik atas dulu.
– kalau snow dijangka turun di Mt Cook / Tekapo 5-6 hari lagi, saya pegi tempat lain dulu (di barat / selatan / timur South Island), supaya bila dah selesai semua tempat tu, saya akan kembali ke Mt Cook/Tekapo ‘ngam2’ waktu hari snow dijangka turun.
– bagi saya, main salji selepas snow habis turun adalah normal. Tetapi, main salji KETIKA snow turun tu adalah RARE. So, alhamdulillah, strategi saya berkesan. Setelah 4 kali pergi NZ time winter, saya dah jadi snow-hunter yg sgt cekap. Heheehe..

– hmmm…. utk ini, saya belum cuba lagi…
– tuan boleh survey di group RTNZ, kalau2 ada tips dari kawan2 lain.

– motorhome gedabak boleh jer masuk ke bandar2 tu…tiada masalah, esp. kat main road & pasaraya2 (mmg ada sediakan parking khas utk motorhome gedabak).
– cuma, kalau jalan2 kecik/lorong tikus, kalau agak2 sempit, jangan masuk lah.
– but, as long as you’re at the ‘main road’ (main road diorang pun bukan besar sgt), boleh je lalu…

Kalau ada soalan lagi, boleh tanya lagi 🙂